Digital Piracy di Malaysia

Nampak macam remeh, benda mudah… tapi jika anda sokong digital piracy dan pencurian harta intelek ini, anda sebenarnya sedang merosakkan periuk nasi 1 syarikat atau mungkin 1 industry terus!!. Bagaimana kalau syarikat/ organisasi tempat kerja anda dilakukan sebegini? bagaimana kalau perniagaan anda diganggu oleh orang2 sebegini. Marah, sedih, pedih, kecewa bukan?Jadi, berhenti support piracy. Mungkin isu ni asing bagi anda. Macam tidak salah je….

“saya beli, pakai duit dan bayar kepada peniaga tu. Tang mana haramnya?”

“saya faham isu ini, tapi saya nak jimat data…hari2 buka youtube, habis lah data”

“ada produk, ada akad, sah la saya meniaga barang ni”

“ini usaha kreatif saya cari duit, pendrive tu saya jual, nak download tu usaha saya”

“kenapa nak ganggu periuk nasi orang Melayu, orang Islam? dengki dengan peniaga kecil-kecilan”

Izinkan saya huraikan kepada anda yang terlibat dalam piracy seperti ini, baik pembeli mahupun peniaga. Saya tidak akan menghukum anda, kerana saya adalah pendidik animasi, bukan penguatkuasa. Hubungi saya di 0132691526 atau zulkifly.a@umk.edu.my. jom kita bincang. tiada sebarang profit untuk saya, sekadar tanggungjawab sosial.

Zulkifly Amirudin, zulkifly.a@umk.edu.my
Pendidik/ Pensyarah Animasi, Universiti Malaysia Kelantan.

p/s: saya turut menyeru rakan2 industri, rakan2 akademik, pelajar2 saya mengambil bahagian dalam mendidik masyarakat berkenaan isu ini.

Soalan: Syarikat ini juga menggunakan lagu kanak-kanak Inggeris dan diubahsuai ke bahasa Malaysia. Adakah ianya ciplak?

Jawapan: Tidak. lagu2 nursery rhymes Inggeris dan melayu bukan merupakan harta intelek (intellectual property) yang berdaftar dan bersifat bebas dari hakcipta. Syarikat ini telah meneliti mana yang free mana yang tidak.
sekiranya menggunakan lagu Nujum Pak Belalang, walaupun warisan lagenda kita, ianya salah kerana ia milik Shaw Brothers, melainkan wujud konsesi persetujuan dalam perkongsian keuntungan.
Manakalah lagu2 umum ini bersifat free copyright. IP juga ada tempoh limitnya sebuah IP hanya sah berdaftar selama 75 tahun. selepas itu ia boleh digunakan oleh mana2 pihak. contoh terbaik adalah Mickey Mouse, Batman…
Kembali kepada lagu2 tersebut, lagu asal adalah berbahasa Inggeris. Lagu mereka berbahasa Melayu dan wujud pengubahsuaian lirik. Pengubahsuaian lirik, imej grafik adalah dibenarkan di dalam Akta Hakcipta 1987.

tambahan analogi. pokok balak dan kangkung juga free dari hakcipta. ia tumbuhan semula jadi, balak di hutan, kangkung di tepi parit. Bezanya pokok balak dilindungi oleh Akta tertentu yang memperuntukan hanya pemohon lesen pembalakan sahaja layak menebang. Kangkung tidak dilindungi oleh mana2 akta.

Ada peruntukan Akta, makan kena ikut akta.
Kangkung belum masuk akta.

Advertisements

2 thoughts on “Digital Piracy di Malaysia

    1. setuju tuan faiz. secara berasingan saya nampak syarikat tertentu sudah ambil tindakan membuat aduan. mungkin perlu lebih tindakan lagi secara individu, termasuk la menegah rakan2 yang membeli/ menjual produk seperti ini.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s